Friday 9 November 2012

CiRi-CiRi & Fungsi PantuN

Ciri-Ciri :
Pantun yang baik ialah pantun 4 kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut :-
  • Mengandungi 4 kerat / baris.
  • Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.
  • Ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah).
  • Bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama :- a,b,a,b.
  • Bahasa yang halus , penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
  • Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.
  • Sarat dengann ciri-ciri tradisional- penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,           mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang                 melahir dan menggunakannya.                                                                           

Fungsi Pantun :
  1. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.
  2. Sindiran atau tempelak.
  3. Melepaskan rindu dan kasih-sayang.
  4. Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan.
  5. Menyatakan penghargaan atau terima kasih.
  6. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran.
  7. Hiburan atau jenaka.                                

No comments:

Post a Comment