Tuesday 6 November 2012

BAHASA MALAYSIA



MARI BERPANTUN.......        

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Apa kata Za`ba tentang pantun.........." Beliau menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama."


Pendapat lain pula mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing / penasihat yang berasakan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Di manakah pantun sering digunakan?

Pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

No comments:

Post a Comment