Friday 7 December 2012

Latihan murid.

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi.

Terima kasih daun keladi,                                  Kumbang jarak kumbang jagung,
Kalau boleh hendak lagi.                                   Berani buat berani tanggung.

Ikan siakap ikan senohong,                               Tunggu durian Teluk Emas,
Banyak cakap banyak bohong.                          Siapa kemudian kena kemas.

Pecah kaca pecah gelas,                                     Buah cempedak dalam gantang,
Sudah dibaca harap balas.                                  Siapa hendak dia datang.

Emas perak tembaga suasa,                                Periuk belangan pasu kuali,
Malas bergerak tidak merasa.                             Busuk nama menipu mencuri.

Pagi petang siang malam,                                   Saya kata itik, awak kata ayam,
Hati terang senang faham.                                  Sudah kena jentik, baru nak diam.


1. Periuk belanga dalam pantun ini merujuk kepada.......

    A   alat penyukat
    B   alat perhiasan
    C  alat memasak
    D   alat pertukangan

2.  Apakah pesanan pemantun dalan rangkap keempat?

    A   orang yang tidak bergerak akan sakit
    B   orang yang malas akan rugi
    C   orang yang degil akan dipulaukan
    D   orang yang ingkar tidak akan mendapat apa-apa

3.  Yang manakah antara yang berikut bukan unsur alam yang dapat ditemukan dalam pantun dua kerat (nasihat)?
  
     A   daun keladi
     B   ikan siakap
     C   siang malam
     D   tembaga suasa

4.  Pernyataan yang berikut ialah ciri-ciri bentuk pantun dua kerat (nasihat), kecuali....

     A   rima akhirnya ialah aaaa.
     B   ada pembayang maksud
     C   mempunyai sepuluh rangkap
     D   pantun terikat dan tidak bebas

5.   Pecah kaca pecah gelas
      Pengulangan kata pecah dalam baris di atas ialah....

      A   anafora
      B   repetisi
      C   epifora
      D   sinkope

Saturday 24 November 2012

Jenis-Jenis Pantun..

Pantun 2 kerat ..
contoh :-
 Bagai orang utan dengan bayang-bayang,
           Bila memandu ingatlah org tersayang.           
 
Pantun 4 kerat .. ( paling popular )
  contoh :- 
    Terbang burung dari Selatan,
      Dipuput angin di sangga bayu,
Bukalah surat dari lipatan,
          Lihatlah pantun Bahasa Melayu.

Pantun 6 kerat ..
contoh:-
Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Pantun 8 kerat ..
contoh :-
   Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Pantun 10 kerat ..
contoh :-
 Pokok bunga tanam keliling,
Dalam kotak baja dah habis,
Malam semalam terlupa beli,
Hendak ke kedai panas terik,
Menunggu saja masa berlalu;
Apabila idea sudah kering,
Tentu tidak boleh menulis,
Bukanlah mudah dipaksa jadi,
Kelak hasilnya tidak menarik,
Orang membaca tentu jemu.

Pantun 12 kerat ..
contoh :-

Pantun 14 kerat ..
contoh :-

Pantun berkait ..
contoh :- 
 Pergi kehulu menjala ikan,
Belayar sampan ke Tanjung Jati;
Masa lalu jangan ditangiskan,
Masa depan jangan ditakuti.


Friday 9 November 2012

CiRi-CiRi & Fungsi PantuN

Ciri-Ciri :
Pantun yang baik ialah pantun 4 kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut :-
  • Mengandungi 4 kerat / baris.
  • Jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan.
  • Jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata.
  • Ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah).
  • Bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama :- a,b,a,b.
  • Bahasa yang halus , penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
  • Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.
  • Sarat dengann ciri-ciri tradisional- penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,           mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang                 melahir dan menggunakannya.                                                                           

Fungsi Pantun :
  1. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.
  2. Sindiran atau tempelak.
  3. Melepaskan rindu dan kasih-sayang.
  4. Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan.
  5. Menyatakan penghargaan atau terima kasih.
  6. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran.
  7. Hiburan atau jenaka.                                

Thursday 8 November 2012

Contoh-Contoh PantuN

Antara Contoh Pantun... :

 PANTUN BUDI 

Anak Itik berenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.


PANTUN NASIHAT

Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.


PANTUN JENAKA

Limau purut di tepi rawa,
Buah di ranting belum masak,
Sakit perut sebab tertawa,
Melihat kucing duduk berbedak.


PANTUN TEKA-TEKI

Pisau lipat dimainnya kera,
Tangannya luka lalu terjun,
Makan kuat tidak terkira,
Kenyangnya tidak tahi bertimbun.


PANTUN AGAMA

Daun terup di atas dulang,
Anak udang mati di tuba,
Dalam kitab ada terlarang,
Yang haram jangan di cuba.



Kandungan Pantun Melayu



Pembayang atau Sampiran
   Pembayang - terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.
                       - memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada                                    maksud.
                       - pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubungkait dengan 
                         pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.


Maksud atau Isi
   Maksud atau isi  - terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap 
                                 pantun.
                              - pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak 
                                disampaikan dalam pantun tersebut (tema). 


Perkataan
   Perkataan  - mengandungi 4 atau 3 patah perkataan pada tiap-tiap baris. 
                      - pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap
                        baris yang sama bilangannya. 


Suku Kata
   Suku Kata  - tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada 3 atau 4 suku kata.
                     - tiap-tiap baris hendaklah mengandungi antara 8 hingga 12 suku kata.
                     - pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.


Rima atan Bunyi
    Rima - bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.
             - rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
             - rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris 
               pertama maksud dan begitulah seterusnya.
             - rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga a,a,a,a.
                                     

Tuesday 6 November 2012

BAHASA MALAYSIA



MARI BERPANTUN.......        

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Apa kata Za`ba tentang pantun.........." Beliau menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama."


Pendapat lain pula mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing / penasihat yang berasakan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Di manakah pantun sering digunakan?

Pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.

Friday 28 September 2012

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

Saya merupakan pelajar PJJ PPG Universiti Pendidikan Sultan Idris.......

D20112052402